Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai 2019 Senarai Pilihan Raya Kecil Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14

Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai di negeri Johor merupakan pilihan raya kecil yang kesembilan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun (BERSATU) yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 21 September 2019 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 2 November manakala hari mengundi awal pada 12 November dan kemudian, hari pengundian pada 16 November 2019. Pada malam keputusan, calon Barisan Nasional (BN), Dato Wee Jeck Seng berjaya memenangi kerusi parlimen itu sebanyak 15,086 undi dan merampas balik kerusi bagi kawasan Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) buat kali pertama sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018 lalu.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

PartiNama CalonUndiKeputusan
BN-MCADato' Wee Jeck Seng25,486Menang
PH-PPBMHj Karmaine Sardini10,380Kalah
GerakanWendy Subramaniam1,707Hilang Deposit
BERJASAProf Dato Ir Hj Badrulamin850Hilang Deposit
BebasAng Chuan Lock380Hilang Deposit
BebasFarah Aryani32Hilang Deposit